Mengenai Kami

Latar Belakang

 

Majlis Guru Cemerlang Pulau Pinang(MGCPP) ditubuhkan sejak wujudnya jawatan Guru Cemerlang (GC) pada tahun 1995. Pada mulanya bilangan GC adalah tidak ramai dan aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan mudah. Perjumpaan MGCPP mula-mulanya dijalankan di sekolah-sekolah GC, kemudian di Institut Perguruan Tuanku Bainun dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. MGCPP di bawah kepimpinan mantan Yang Dipertua En Tan Khan Aun berjaya mengharumkan nama baik MGCPP dengan pengiktirifan sebagai MGC negeri yang paling aktif di Malaysia.

Namun dengan pertambahan bilang GC di Pulau Pinang yang kini berjumlah 367 orang di sekolah menengah dan rendah, MGCPP menghadapi masalah mencari tempat sesuai untuk menjalankan perjumpaan. Maka semasa mesyuarat agung MGCPP pada tahun 2010, dicadangkan penubuhan MGC mengikut daerah supaya GC dapat memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah dengan lebih efektif mengikut saranan dalam buku Terma Rujukan Guru Cemerlang.

Justeru, pada 10 November 2010, Majlis Guru Cemerlang Kelompok Timur Laut (MGCTL) dilahirkan di SMK(P) Sri Mutiara dan disusuli oleh Mesyaurat Agung Pertama. Penaung MGCTL ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD). MGCTL dibantu oleh dua orang Penasihat, Penolong PPD Pn Hjh Nor Azizah Haron dan Penolong PPD Tn Hj Nasser Ismail. Jawatankuasa MGCTL terdiri daripada 10 orang GC dan diketuai oleh seorang Pengerusi, dua orang Naib Pengerusi (Rendah dan Menengah), seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang Bendahari dan empat orang Ahli Jawatankuasa (Biro Bahasa, Biro Sains dan Matematik, Biro Kemanusiaan dan Biro Vokasional dan Teknik). Pada masa sekarang keahlian MGCTL sudah berjumlah 115 orang. Mudah-mudahan dengan  penstrukturan semula MGCTL dapat mempermudahkan dan meningkatkan sumbangan GC ke arah transformasi pendidikan.