Home

Tarikh akhir pengisian LNPT HRMIS tahun 2015

Untuk makluman semua Pengetua & Guru Besar daerah Timur Laut.

 
Tarikh akhir pengisian LNPT HRMIS adalah seperti ketetapan berikut:
 
1. Pegawai Yang DInilai (PYD) mengisi dan menghantar kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP1) - Tarikh akhir 13 November 2015
 
 
2. Pegawai Penilai Pertama (PPP1) menyiapkan penilaian PYD dan menghantar  kepada Pegawai Penilai Kedua (PPP2) -Tarikh akhir 27 November 2015
 
3. Pegawai Penilai Kedua (PPP2) menyiapkan penilaian PYD  - Tarikh akhir 11 Disember 2015
 
Sila pastikan semua tarikh di atas dipatuhi dan sebarang pertanyaan sila hubungi En. Wan Abdullah Sani di talian 019-9179715 atau 04-2109451 

Perjumpaan Khas PK HEM

Makluman pada semua Penolong Kanan HEM daerah Timur Laut

Tuan/Puan diminta hadir ke dewan Sekolah Kebangsaan Perempuan Island untuk satu perjumpaan khas berkaitan kehadiran isu hal ehwal murid seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 2 November 2015
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan SK Perempuan Island

kerjasama Tuan/Puan amat kami hargai

Sekian, terima kasih

Abdul Rashid bin Shamsudin
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Timur Laut

Mewakili:

Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad,

Pegawai Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Timur laut.

KEPERLUAN MEMENUHI LATIHAN TUJUH (7) HARI SETAHUN BAGI WARGA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah diarahkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPM untuk mengikuti Dasar Latihan yang telah digariskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.6/2015 yang telah menekankan keperluan semua warga kerja memenuhi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan.

Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan/Bahagian adalah dipohon untuk memastikan semua warga kerja dibawah pentadbiran tuan dapat mematuhi dan memenuhi keperluan latihan tujuh (7) hari tersebut kerana ianya merupakan sebahagian daripada KPI Ketua Jabatan/Bahagian. Mana-mana Jabatan/Bahagian yang tidak memenuhi syarat latihan akan diberikan Surat Tunjuk Sebab. Pegawai yang tidak cukup latihan dan penyelia berkenaan akan dikenakan tindakan dengan mengurangkan jumlah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) masing-masing.

Dalam keadaan ekonomi semasa, kerjasama semua Ketua Jabatan/Bahagian juga adalah dipohon untuk mengambil inisiatif bagi meningkatkan prestasi kehadiran latihan melalui pelaksanaan program seperti sesi pementoran, pembacaan buku, perkongsian ilmu, EPSA dan lain-lain pendekatan secara blended training approach. Semua bentuk latihan ini perlu direkodkan ke dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL) KPM selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2014.

Ketua Jabatan adalah dimohon memastikan warga kerja masing-masing mendapat latihan sewajarnya dan memastikan perekodan dilaksanakan secara berterusan.

PENGUMUMAN: BQ STL 011/2015/PN & STL 012/2015/PN

Mohon maaf di atas kesulitan. Tuan/Puan boleh memuat turun BQ STL 011/2015/PN & STL 012/2015/PN selewat-lewatnya pada 19 Oktober 2015 selepas jam 12.00 tengah hari.

Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN: Perubahan Masa Lawatan Tapak STL 011/2015/PN

Perubahan Masa Lawatan Tapak STL 011/2015/PN (PPD Timur Laut)

Merujuk kepada pautan muat turun Kenyataan Sebut Harga Pembaikan Bangunan 2015 - STL011. Tarikh lawatan tapak pada 15 Oktober 2015 jam 10.00 pagi ditunda pada pukul 11.30 pagi di Dewan SK (P) Island.

Harap maklum.

Laman 4 of 12

Tuan PPD Timur Laut

Tuan Mohamad bin Abd Samat

Scan kod di sini

WEB - WAKTU OPERASI

Lirik Lagu PPDTL

Go to top