HomeMaklumat Korporat

Maklumat Korporat

Pejabat Pelajaran Daerah Pulau diwujudkan pada tahun 1982 dengan menempatkan pejabatnya di SMK Hutchings. Pada 1 Ogos 1989, PPD dipindahkan ke bangunan SK Jalan Baru (Jalan Macalister) sehingga tahun 2004. Tanggal 10 Mei 2004, PPD telah dipindahkan ke bangunan yang lebih selesa iaitu di 25, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Georgetown, Pulau Pinang yang dahulunya adalah bangunan Pejabat Pendaftaran Pulau Pinang. Pada tahun 2008, PPD Pulau distrukturkan kepada dua PPD iaitu PPD Timur Laut dan PPD Barat Daya di mana PPD Timur Laut kekal di bangunan yang sama.

Pada tahun 2013, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah penjenamaan semula Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Malaysia iaitu merujuk kepada surat pekeliling KPM.BKP.100-1/1/14 (29) bertarikh 12 Ogos 2013. Kini Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut ditukar nama kepada Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut.

Tuan PPD Timur Laut

Tuan Mohamad bin Abd Samat

Scan kod di sini

WEB - WAKTU OPERASI

Lirik Lagu PPDTL

Log Masuk



E-Mail Pengguna

Waktu Solat

 
Go to top