HomeMaklumat KorporatPiagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN PPDTL

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  1. Memastikan semua kanak-kanak yang cukup umur pada tahun semasa mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru bermula;
  2. Memastikan pendaftaran dan pertukaran murid ke sekolah yang dipohon dapat diselesaikan dalam tempoh tidak lewat dari dua hari dengan syarat semua dokumen disertakan lengkap dari tarikh penerimaan dokumen;
  3. Memastikan proses permohonan belajar semula ke sekolah bantuan penuh kerajaan atau sekolah harian diselesaikan dalam tempoh tidak lewat daripada sebulan dari tarikh penerimaan dokumen lengkap;
  4. Memastikan sebarang aduan disiasat dan diberi jawapan bertulis dalam tempoh 7 hari bekerja;
  5. Memastikan setiap murid yang bersekolah mendapat manfaat sepenuhnya daripada program kokurikulum, program akhlak & sahsiah, kebajikan dan khidmat sokongan dalam sepanjang tempoh masa persekolahan mereka;
  6. Memastikan segala data operasi pendidikan dan maklumat terkini dalam bidang pendidikan dapat disampaikan dengan lengkap,cepat, tepat dan betul mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan:
  7. Semua bil dan tuntutan akan dibayar TIDAK MELEBIHI EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA dari tarikh dokumen diterima dengan lengkap dan sempurna
  8. Semua pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan SERTA MERTA dengan segera dan mesra

Tuan PPD Timur Laut

Tuan Mohamad bin Abd Samat

Scan kod di sini

WEB - WAKTU OPERASI

Lirik Lagu PPDTL

Log Masuk



E-Mail Pengguna

Waktu Solat

 
Go to top