HomePerkhidmatanPengurusan Sekolah

Pengurusan Sekolah

OBJEKTIF UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

    • merancang, mengurus, melaksana dan memantau keperluan, penempatan, dan pertukaran guru supaya sekolah mendapat guru yang mencukupi mengikut kelayakan bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan
       
    • memastikan semua jawatan pentadbiran di sekolah rendah dan menengah diisi sebaik sahaja terdapat kekosongan
       
    • membuat pendaftaran penempatan dan pertukaran murid
       
    • memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah mantap dan berkualiti dengan pemantauan berfokus
       
    • mewujudkan permuafakatan dan meningkatkan pengurusan maklumat, kesefahaman dan mutu pelaksanaan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan
       
    • memastikan supaya negeri Pulau Pinang mendapat bilangan jawatan guru dan staf sokongan mengikut kelayakan dan memastikan supaya semua sekolah di Pulau Pinang mendapat peruntukan kewangan yang mencukupi untuk beroperasi melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan
       
    • menentukan program ISO dilaksanakan bagi menempatkan guru sekolah rendah dan sekolah menengah
    • merancang dan melaksana program peningkatan profesionalisme
       
  • mengurus hal-hal berkaitan aduan dan bertindak terhadap isu-isu pendidikan yang disiarkan dalam akhbar
     
  • mengurus, memproses dan membuat keputusan kepada hal-hal yang berkaitan permohonan pendaftaran dan mengawal selia institusi pendidikan swasta
     
  • mengurus, menyelaras dan menyelia lawatan pembesar-pembesar dan majlis-majlis rasmi
     
  • merancang, melaksana dan menghadiri berbagai mesyuarat dan kursus
     

FUNGSI UNIT SEKOLAH MENENGAH

  • mengurus pertukaran guru terlatih di dalam negeri dan antara negeri
  • melantik dan penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi mengisi kekosongan
     
  • mengurus penempatan murid ke sekolah menengah kawalan
     

  • mengurus penempatan murid bersekolah semula bagi sekolah menengah
     
  • mengurus penempatan murid ke tingkatan 6
     
  • mengurus pertukaran sekolah menengah
     
  • mengurus pembukaan kelas sekolah menengah
     
  • menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) perjawatan
     
  • memantau perbelanjaan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) kewangan
     
  • mengurus cadangan perlantikan pengetua, penolong kanan, guru kanan mata pelajaran sekolah menengah
     
  • mengumpul dan menyelaras data sekolah (guru, pelajar dan kelas)
     
  • menyelaras kursus profesional pengetua sekolah menengah

 

FUNGSI UNIT SEKOLAH RENDAH

  • merancang, mengurus, melaksana dan memantau
  • merancang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme
  • mengurus penyeliaan sekolah rendah
     
  • mengurus hal-hal berkaitan aduan dan laporan Jemaah Nazir dan Audit Sekolah
     
  • merancang, melaksanakan dan menghadiri berbagai mesyuarat dan kursus
     
  • menguruskan hal-hal berkaitan penempatan dan pertukaran murid
     
  • menguruskan pertukaran guru
     
  • menguruskan perlantikan guru ganti
     

FUNGSI UNIT PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN

PERHUBUNGAN

  • mengurus permohonan pelbagai pihak untuk mendapatkan kelulusan bagi :-  
    • menggunakan premis sekolah
    • mengadakan kajian di sekolah
    • mengadakan lawatan murid
    • menganjurkan ceramah di sekolah
    • menggunakan nama, lagu, logo dan bendera sekolah
    • menerbitkan majalah sekolah
    • mengutip yuran dan bayaran
    • membuat penggambaran di sekolah
    • pelbagai permohonan (derma, promosi dan aktiviti)
  • mengurus pertanyaan dan aduan :-  
    • mengurus pertanyaan dan jawapan kepada soalan Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
    • mengurus aduan/komen/saranan daripada orang ramai sama ada melalui surat atau media massa
  • mengurus dan menyelaras lawatan rasmi :- 
    • pegawai Jabatan
    • guru sekolah ke Luar Negara
    • dari Luar Negara
    • pegawai dari Kementerian
  • mewakili Jabatan Pelajaran Negeri ke mesyuarat atau jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan di peringkat Negeri, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan
     
  • tugas-tugas khas :- 
    • protokol
    • perhubungan dengan pelbagai agensi dan media
  • laporan jabatan

PENDAFTARAN

  • mengurus pendaftaran murid bukan warganegara ke sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
  • pendaftaran dan pengurusan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
     
  • pendaftaran sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
     
  • pendaftaran Ahli Lembaga Pengelola Sekolah
     
  • pendaftaran Guru Tidak Terlatih
     
  • penggal dan cuti persekolahan

Tuan PPD Timur Laut

Tuan Mohamad bin Abd Samat

Scan kod di sini

WEB - WAKTU OPERASI

Lirik Lagu PPDTL

Log Masuk



Waktu Solat

 
Go to top