PEJABAT PELAJARAN DAERAH TIMUR LAUT

Penganjuran Pertandingan Grammar Bahasa Inggeris Di Antara Sekolah-Sekolah Anjuran English Worldwide Enterprise

Pertandingan Grammar Bahasa Inggeris antara sekolah-sekolah rendah dan menengah di peringkat Daerah Timur Laut anjuran English Worldwide Enterprise akan diadakan secara atas talian pada 16 Jun 2012 (tarikh cadangan) pada pukul 9.30 pagi. Tempat akan ditetapkan oleh pihak penganjur. Penyertaan terhad kepada 3 orang peserta sahaja daripada setiap sekolah. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 30 April 2012.