PEJABAT PELAJARAN DAERAH TIMUR LAUT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terlebih dahulu, saya panjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus bekerja terutama kepada warga pendidik.

Sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang akan memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat untuk menjadikan PPD Timur Laut sebagai PPD yang terbaik dalam negeri Pulau Pinang terutamanya adalah bergantung kepada keupayaan warga pendidik dan pegawai-pegawai PPD dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada dua buah sekolah lagi yang menerima anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) iaitu SK Minden Height dan SJKC Kwang Hwa. Ini menjadikan jumlah kesemuanya 4 buah SBT dalam daerah Timur Laut. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada sekolah-sekolah lain. Kepada sekolah-sekolah yang menerima Anugerah Tawaran Baru 2011, juga diucapkan tahniah.

Marilah kita sama-sama kuatkan azam untuk terus berusaha memajukan diri kita untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan tunjuk ajar. Sekian.

"Satu Nada, Satu Tekad, Satu Matlamat"