forex trading logo

Home
Majlis Guru Cemerlang PDF Print

Unit Pengurusan Akademik PPDTL telah bekerjasama dengan Majlis Guru Cemerlang (MGC) dalam menjalankan program-program berkaitan pendidikan. Tujuan utama kerjasama ini diwujudkan adalah bagi membantu sekolah meningkatkan pencapaian terutama dalam bidang akademik. Selain itu Guru Cemerlang juga dapat berkongi idea serta kejayaan mereka mendapat GC bersama dengan guru-guru sekolah lain. Program yang dilaksanakan GC di sekolah mereka dapatlah diaplikasikan oleh guru-guru lain dalam membantu murid-murid terutama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara program yang telah dirancangkan dalam kerjasama ini ialah :

  • Program Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang
  • Bengkel Penulisan Kertas Kerja/ Kertas Ilmiah / Penulisan Kreatif / Kajian Tindakan
  • Program Spearhead To A+ Ranking

Untuk maklumat lanjut berkaitan Guru Cemerlang, boleh layari pautan Guru Cemerlang di paparan induk laman sesawang PPD Timur Laut.


 
Sejarah Subjek Wajib Lulus PDF Print
Written by Administrator   

     Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

     "Selaras dengan pandangan yang telah dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan UMNO kali ini, saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus.

Read more...
 
KSSR Bakal Lahir Minda Kelas Pertama PDF Print
Written by Administrator   

 

PENDIDIKAN masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Bagi pelaksanaan kurikulum di sekolah menengah seramai 279,545 guru berperanan mewujudkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran tinggi. Untuk itu, KPM diperuntukkan RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. Di samping itu, sejumlah RM213 juta lagi diperuntukkan kepada sekolah berprestasi tinggi selain imbuhan kepada guru cemerlang.

Read more...
 

Terkini

Bilangan Pelawat

Undian

Sejauh mana penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah anda?
 



Designed by The WebMaster of PPD Timur Laut