forex trading logo

Home LINUS
PDF Print E-mail

 

PENGENALAN LITERASI DAN NUMERASI MENGIKUT SUB-NKRA

NKRA – Memperluaskan Kemampuan Mendapatkan Pendidikan Berkualiti  dan Termampu

NKPI 3.2: 

Semua murid   akan boleh menguasai  kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mendapat pendidikan

rendah sebelum berakhir tahun 2012. 

Bagi murid berkeperluan khas – meliputi murid-murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan,

masalah penglihatan, terencat akal, masalah kepelbagaian deria dan masalah fizikal -  kurikulum  yang khusus telah dibina

bagi murid- murid berkeperluan khas ini.

 

 

KONSEP

LITERASI – CELIK HURUF 

   (BUKAN SUBJEK) 

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan

pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

 

                                                                                         KEMAHIRAN  : MEMBACA, MENULIS

 

 

KONSEP

NUMERASI – CELIK NOMBOR

(BUKAN SUBJEK) 

 

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN 

TENTANG NUMERAL 

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang

mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian

mengikut bahasa pengantar di sekolah. 

 

                                                        KEMAHIRAN : LISAN, BERTULIS 

 


   PROSES SARINGAN

 Semua instrumen Saringan LINUS dibina oleh LP tetapi proses saringan dilaksanakan oleh

gurusecara individu ataukumpulan kecil murid. Proses saringan dilaksanakan secara standard

dijalankan secaraserentak terhadap semua murid dengan kaedah pengendalian dan jadual

yang sama.  Proses saringan boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 

 Saringan MESTI dilaksanakan oleh guru.

 

PENTADBIRAN INSTRUMEN :

                         MEMBACA DAN LISAN


   1.  Berasaskan konsep pentaksiran berasaskan sekolah:

  •  Semua murid diberikan peluang untuk ditaksir
  •  Peluang lebih daripada sekali
  •  Ruang untuk dipulihkan

   2.         Pentadbiran dijalankan secara:

  •  Individu
  •  Kumpulan kecil (tidak lebih daripada tiga orang murid)

   3.         Semua 12 konstruk ditaksir kepada murid (bukan setakat konstruk 8 (literasi) atau konstruk 10 (numerasi)

               dan dilaporkan sehingga konstruk 12).

   4.         Ditadbir semasa pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu.atau Matematik.

   5.         Tidak diselesaikan dalam sehari.

   6.         Membaca tidak memerlukan pengetahuan tentang makna.

   7.         Boleh diperingkatkan proses saringan.

   8.         Penentuan peringkat penguasaan:

  •  80 % (mana-mana item)
  •  Dijelaskan dalam Manual Literasi dan Numerasi

   9.         Dilaporkan dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu:

  •  Borang dicetak oleh pihak sekolah (dalam Manual Membaca)
  •  Penguasaan setiap konstruk (konstruk 1 – 12)

 

PENTADBIRAN INSTRUMEN :
                                    MENULIS


   1.  Ditadbir :

  •  di dalam kelas waktu pengajaran
  •  dijalankan oleh guru yang mengajar
  •  tidak dijalankan secara rasmi (bukan kaedah peperiksaan)
  •  instrumen yang disediakan oleh KPM
  •  boleh ditadbir empat sesi;

è Sesi 1 – konstruk 1 – 3 (30 minit)

è Sesi 2 – konstruk 4 – 6 (30 minit)

è Sesi 3 – konstruk 7 – 9 (30 minit)

è Sesi 4 – konstruk 10 – 12 (30 minit)

  •  semua konstruk mesti dijawab

   2.         Murid dibimbing untuk memberikan respons bagi setiap item.

   3.         Guru mesti menunjukkan contoh menjawab bagi setiap konstruk.

   4.         Guru menjelaskan gambar pada item mengikut konstruk.

   5.         Elakkan daripada menyelesaikan instrumen (12 konstruk) dalam satu sesi. 
   6.         Murid mesti dimaklumkan masa saringan.
   7.         Tidak ada elemen paksaan kepada murid yang lambat untuk menyelesaikan tugasan.
   8.         Berikan penghargaan kepada murid.

 

 

12 KONSTRUK LITERASI

KONSTRUK

                               KEUPAYAAN

 Konstruk 1

                                   Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan  konsonan. 

Konstruk 2

Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. 

Konstruk 3

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan suku kata terbuka. 

Konstruk 4

Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. 

Konstruk 5

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan  suku kata tertutup. 

Konstruk 6

Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata

tertutup’ng’.  

Konstruk 7

Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.

Konstruk 8

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan mengandungi vokal berganding.

Konstruk 9

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan

bergabung.

Konstruk 10

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11

Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12

Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan  rangsangan.

 

12 KONSTRUK NUMERASI

 

KONSTRUK

                 KEUPAYAAN

Konstruk 1

Pra nombor dan mengenal angka

Konstruk 2

Membilang

Konstruk 3

Memahami nilai nombor

Konstruk 4

Membuat seriasi

Konstruk 5

Mengenal mata wang Malaysia

Konstruk 6

Menyatakan waktu

Konstruk 7

Mengendalikan operasi asas

Konstruk 8

Mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Konstruk 9

Mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

Konstruk 10

Menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Konstruk 11

Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad

kepada nombor bulat

Konstruk 12

Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian

melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

 

 

             

TARIKH SARINGAN LINUS TAHUN 2011 

   

Saringan 1    

27 Feb – 1 Mac (Membaca & Lisan) 

            6 Mac – 11 Mac (Menulis) 

 

Saringan 2    

19 Jun – 22 Julai (Membaca & Lisan)

24 Julai – 29 Julai (Menulis) 

 

Saringan 3

2 Okt – 21 Okt (Membaca & Lisan) 

            30 Okt – 4 Nov (Menulis)

 

          

 

 

 

12.00 Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

12 KONSTRUK LITERASI

KONSTRUK

KEUPAYAAN

Konstruk 1

Keupayaan mem  Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan  konsonan. 

Konstruk 2

Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. 

Konstruk 3

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan suku kata terbuka. 

Konstruk 4

Keupayaan membaca dan menulis suku kata    tertutup. 

Konstruk 5

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan  suku kata tertutup. 

Konstruk 6

Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup’ng’.  

Konstruk 7

Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.

Konstruk 8

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan mengandungi vokal berganding.

Konstruk 9

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

Konstruk 10

Keupayaan membaca dan menulis  perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11

Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12

Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan  rangsangan.

 

 




Designed by The WebMaster of PPD Timur Laut