forex trading logo

PDF Print E-mail
Written by Administrator   

LAPORAN  BULAN FEBRUARI 2011 (PENGURUSAN  KUALITI/INOVASI)

1. DAPATAN  DARIPADA  ADUAN  DAN  SIASATAN


  •  Keperluan  pihak  pentadbiran  sekolah  untuk  mengetahui  tujuan  dan  mematuhi  prosedur  memberi  kebenaran  kepada  pihak  komuniti  untuk    menggunakan  premis  sekolah.
  • Keperluan  mematuhi  garis  panduan  memberi  kebenaran  kepada  guru-guru  dan  staf     sokongan  untuk  menyertai  aktiviti  di  luar  sekolah.
  • Keperluan    perkhidmatan  kaunter  di  sekolah yang  efektif  dan  efisyen  supaya mengelak  kesilapan  seperti  semasa  pemberian  borang.
  • Keperluan  Guru  Tanggung  Tugas  (Guru  Tugas  Tambahan)  mengetahui  peranan  dan  memahami  prosedur  kerja  semasa  menyempurnakan  sesuatu  tugas.
  • Keperluan  menghayati  semangat  “Mesra  Pelanggan”  apabila  berurusan  dengan  para  pelanggan  yang  berurusan  di  sekolah.
  • Keperluan memperingatkan  semua  guru  dan  staf  sokongan  supaya  akur  atau  patuh  kepada  Surat  Aku  Janji  dengan  tidak  membawa  masuk  sebarang  unsur  tekanan  seperti  politik  dan  kesatuan  kepada  pihak  pentadbiran  sekolah.
  • Keperluan  pihak  pentadbir  dan  guru-guru  supaya  senantiasa  cermat  dan  berhati-hati  semasa  bertanya  soalan  kepada  murid-murid  di  khalayak  ramai  termasuk  di  dalam  kelas  supaya  tidak  menimbulkan  isu  yang  sensitif  sehingga  menyentuh  emosi  kanak-kanak  yang  masih  kecil.
  • Keperluan  untuk  memantau  keadaan  fizikal  sekolah  seperti  aspek  penyelenggaraan  kemudahan  awam.

Kewangan  :

  • Keperluan  Pembantu  Tadbir  yang  terlatih  untuk  pengurusan  akaun  sekolah.
  • Keperluan  pihak  pentadbiran  sekolah  mengetahui  dan  mematuhi  prosedur  pengurusan  kewangan  (Akta  Perbendaharaan).

Pengurusan  Kelas  ( termasuk  P & P )  :

  • Keperluan  guru  di  kelas  memahami  konsep “duty  of  care”.
  • Keperluan  pihak  pentadbiran  sekolah  prihatin  kepada  penyediaan  Tugas   Guru Ganti (pelan  kontingensi  semasa  ketiadaan  guru).
  • Keperluan  pihak  pentadbiran  sekolah  mengetahui, memahami  dan  mematuhi  peruntukan  jumlah  waktu  mengajar  (berdasarkan  siaran  KPPM/5 bertarikh  22  Jun  1998 :  “Pengetua diwajibkan  mengajar  sekurang-kurangnya  5  waktu  seminggu.”)
  • Keperluan  untuk  memantau  pergerakan  murid-murid  semasa  berada  di  dalam  kelas  selain  daripada  memberi  fokus  kepada  pengajaran  dan  pembelajaran.
  • Keperluan  guru-guru  yang  berpengalaman  untuk  membimbing  guru-guru  yang  masih  baharu  supaya  dapat  menyesuaikan  diri  dengan  suasana  persekitaran  sekolah  dan  etika  profesionalisme  perguruan  (seperti  program  Mentor-Mantee).

Kantin  :

  • Keperluan  untuk  memantau  kualiti  pengurusan  kebersihan  kawasan  dan  sajian  makanan  atau  minuman  di  kantin  sekolah.
  • Keperluan  untuk  memantau  supaya  tiada  warganegara  asing  yang  bekerja  di  kantin  sekolah.
  • Keperluan  untuk  memantau  senarai  harga  makanan  dan  minuman  di  kantin  sekolah.
  • Kesesuaian  penggunaan  “split  meter”  untuk  bacaan  penggunaan  eletrik  di  kantin  sekolah.

Disiplin  :

Keperluan  mengetahui,  memahani  dan  mematuhi  Garis  Panduan  Pengurusan  Disiplin  Murid terbitan  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  (termasuk  potongan  rambut  dan  tindakan  terhadap  salahlaku  disiplin  murid).

      Penilaian Prestasi :
  • Keperluan  untuk  melaksanakan  sistem  dan  mekanisme  yang  berkualiti  dan  berkredibiliti dalam  menilai  prestasi  guru-guru  dan  staf  sokongan  di  sekolah.
  • Keperluan  untuk  warga  pendidikan  mengetahui  dan  memahami  fungsi  atau  komitmen  Jawatankuasa  Pengurusan  Sumber  Manusia (Panel  APC)  peringkat  sekolah,  Pejabat  Pelajaran  Daerah  serta  Jabatan  Pelajaran  Negeri.

 

2. ADUAN  DAN  SIASATAN

Penolong  Pegawai  Pelajaran  Daerah  (Pengurusan  Kualiti/Inovasi)  berfungsi  sebagai  Pegawai  Penyelaras  Aduan  iaitu  jawatan  yang  tercatat  dalam   ISO  PK 04 – Pengurusan  Aduan manakala  pegawai-pegawai  Unit  Pengurusan  Sekolah  yang  lain  akan  bersama-sama berfungsi  sebagai  Pegawai  Penyiasat.  Semua  Pegawai  Penyiasat  dikehendaki  akur  kepada  ketetapan ISO PK 04-Pengurusan  Aduan  termasuk  dalam  penyediaan  laporan.   Untuk  tujuan  penyelarasan  maka  semua  Pegawai  Penyiasat  perlu merujuk kepada  Pegawai  Penyelaras  Aduan  untuk  pengisian  dokumen, pengenalan  tatacara  serta  prosedur  laporan siasatan  sebelum  memulakan  sesuatu  siasatan.

3. PERHUBUNGAN

Tuan  Pauzi  bin  Haji  Omar  Pegawai  Pelajaran  Daerah  Timur  Laut  dijadualkan  akan  diwawancara  oleh  juruhebah (DJ) Mutiara fm pada 7 Mac 2011 jam 3:30 petang.

4. CADANGAN  “TEA PARTY” STPM  2010

Jamuan  teh  atau “Tea Party” akan diadakan kepada  semua  Guru  Penolong  Kanan  Tingkatan  Enam  sekolah-sekolah  menengah  Daerah  Timur  Laut.  Majlis  ini  melibatkan  Tuan  Pegawai  Pelajaran  Daerah  Timur  Laut  serta semua  pegawai  Unit  Pengurusan  Sekolah  dan  Unit  Pengurusan  Akademik.  Objektif  majlis  ini  adalah  untuk  menghargai peranan  guru-guru  yang  berkenaan bagi  mewakili  guru-guru  Tingkatan  Enam  yang  lain  sambil  mendengar  penjelasan  yang  terperinci  mengenai  keputusan  STPM  mereka  secara  lisan  dan  bertulis.  Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian.


 


Designed by The WebMaster of PPD Timur Laut