forex trading logo

Pembangunan Profesional PDF Print E-mail

(Latihan Dalam Perkhidmatan)

Pengenalan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), KPM 2006 – 2010 telah menyarankan aspek kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru diberi fokus bagi memastikan guru yang  berkualiti kekal dalam sistem pendidikan Negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Latihan Dalam Perkhidmatan bertujuan mempertingkatkan kompetensi Pegawai Perkhidmatan (PPP) sejajar dengan Dasar Sumber Manusia Sektor Awam 2005 yang di nyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005:

Setiap Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing – masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.

Untuk  mempertingkatkan profesionalisme keguruan beberapa pendekatan telah diambil oleh KPM dengan memperkenalkann konsep latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah bagi mendukung konsep lets manager manage. Pelaksanaan latihan secara “on-site” dan “school based”  telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah guru meninggal kelas.

Tujuan LDP School-Based

  •  Mendedahkan Kepada Inovasi Terkini
  •  Meningkatkan Profesionalisme Keguruan
  •  Meningkatkan Pengetahuan Dan Kemahiran
  • Mewujudkan Sistem Nilai Dan Amalan Yang Mantap
  •   Memartabatkan Profesion Perguruan

Bidang Latihan

  •           A. Pengetahuan Profesional (60%)
  •          B. Kemahiran Profesional (20%)
  •          C. Nilai dan Amalan Profesional Keguruan (20%)

Aktiviti Yang Diambil Kira

  •          Kursus
  • Bengkel
  • Taklimat Profesional
  • Seminar
  • Input In-House
  • Hari Profesional

Definisi Book Review

“Book Review” berasal dari bahasa Latin “revidere atau recensere” yang bermaksud melihat kembali, menimbang atau menilai. Tiga istilah itu menjurus kepada maksud yang sama iaitu pengulasan  buku. Dalam ertikata lain, ulasan buku atau “book review” ialah memberi huraian ringkas  mengenai  isi  buku serta penilaian tentang kekuatan dan kelemahan isi buku kepada masyarakat umum .

Aktiviti yang terlibat semasa mengulas buku ialah:

  • Mengungkap kembali isi buku
  • Membahas isi kandungan buku
  • Menganalisa buku secara kritis
  • Memberikan penilaian terhadap maklumat yang terdapat di dalam buku
  • Mengulas implikasi dan kegunaan maklumat.

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan kaedah latihan secara  pembacaan buku bagi menggantikan kursus LDP secara school based di sekolah adalah untuk:

  • Menyemaikan  budaya membaca di kalangan guru
  • Berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk diaplikasikan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)
  • Meningkatkan profesionalisme keguruan
  • Mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan
  • Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesionalisme keguruan dalam kalangan warga pendidik
  • Memartabatkan profesion keguruan

KOMPONEN BACAAN

Buku-buku yang dibaca hendaklah berfokus kepada 3 bidang iaitu:

1.  Pengetahuan Profesionalisme ( 60% )

  • Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran
  • Kandungan dan Kaedah Pedagogi
  • Pengurusan Kurikulum
  • Kreativiti dan Inovasi Pedagogi

2. Kemahiran Profesionalisme ( 20% )

  • Kejurulatihan
  • Penulisan ilmiah
  • Kajian Dan Penyelidikan Ilmiah
  • Kepimpinan
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Strategik

3.  Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan ( 20% )

  • Nilai Dan Etika
  • Komunikasi Berkesan
  • Soft Skills

Guru dikehendaki membaca buku-buku dari Bidang Pengetahuan Profesionlisme, Bidang Kemahiran Profesionalisme dan Bidang Nilai Dan Amalan Profesionalisme Keguruan mengikut kesesuaian seperti yang diunjurkan di atas. Setiap buku ilmiah tersebut mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 50 halaman.

 


Designed by The WebMaster of PPD Timur Laut