|
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas
Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam
pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu
penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.Perakuan ini
menyebut, "Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan
kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab
pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya padamasa ini. Disamping itu penyertaan
oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan."
Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:
Pendidikan Masalah Penglihatan
|
1926
|
|
Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
|
|
1931
|
|
SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
|
|
1948
|
|
Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di
Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
|
|
1953
|
|
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
|
|
1958
|
|
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
|
|
1962
|
|
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah
biasa yang dipilih diperkenalkan
|
|
1963
|
|
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah
biasa yang dipilih, diperkenalkan
|
|
1977
|
|
Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
|
|
1978
|
|
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem
Kod Braille Bahasa Melayu
|
|
1983
|
|
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
|
|
1984
|
|
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan
Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan
penyenggaraan alatan Braille
|
Pendidikan Masalah Pendengaran
|
1954
|
|
Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
|
|
1954
|
|
Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
|
|
1963
|
|
Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
|
|
1978
|
|
Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan
|
|
1979
|
|
Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
|
|
1985
|
|
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
|
|
1987
|
|
Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
|
Program Percantuman/Inklusif
|
1962
|
|
Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan dimulakan
|
|
1988
|
|
Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
|
|
1993
|
|
Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur
|
|
1994
|
|
Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
|
|
1995
|
|
Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
|
MISI
Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:-
- Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
- Perkembangan diri potensi ke tahap optimum
- Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran
- Nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab
- Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
VISI
Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan
Objektif
- Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.
- Meyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.
- Menyediakan peluang untuk mengambangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.
- Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
- Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
Fungsi Utama
- Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakan bertepatan serta selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Khas.
- Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah murid pendidikan khas.
- Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi memastikan pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
- Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Pendidikan Khas.
- Merancang dan mengurus persediaan pengoperasian institusi baru di bawah Bahagian Pendidikan Khas.
- Menjadikan Bahagian Pendidikan Khas sebagai penanda aras pendidikan khas dalam dan luar negara.
- Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang mantap dan berkualiti dengan pelbagai agensi luar di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pelajaran.
Bahagian dan Cawangan
Bahagian ini mempunyai empat cawangan :
- Cawangan Program Pendidikan Khas
- Cawangan Perancangan dan Penilaian
- Cawangan Latihan dan Khidmat Bantu
- Cawangan Pengurusan dan Perhubungan
Struktur dan Organisasi
Program Pendidikan Khas
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
- Unit Pengurusan Staf Sekolah
- Unit Pengurusan Hal Ehwal
- Unit Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
- Unit Pengurusan Kokurikulum, Sukan dan Seni
|
|
1926
|
|
Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
|
|
|
1931
|
|
SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
|
|
|
1948
|
|
Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
|
|